Tuesday, 16 February 2016

Bab Kedua

Muhammad S.a.w (pbuh) kesinabungan penyampai ajaran tuhan yang satu adalah seorang yang penyayang. Tumpuan baginda terhadap kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada umatnya dizahirkan tindakan baginda terhadap umatnya.

Muhammad bin Abdullah menggalakan umatnya menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain. Maka dengan pendekatan pengamal agama Islam adalah saudara seagama.

"Muhamad bin Abdullah said: " I swear by God that you will not be true believers in him unless you love each other. Great each other frequently and make it a common habit

And he said:" No one will become a good believe unless he wishes for his brethrens what he likes for himself".

Also said; "whoever helps a believer overcome a difficulty, God will help him overcome a difficulty at the Day of Judgment, and God will always helps an individual as long as he/she is helping others".

# Mukjizat

Sebagai manusia terpilih dilantik sebagai penyampai suruhan tuhan, Muhammad juga dibekalkan kelebihan atau mukjizat bagi menghadapi cabaran daripada penentangnya. Untuk menerima mesej mukjizat ini kita perlu membuka minda dan merelakan bahawa kelebihan yang ada pada Muhammad bin Abdullah adalah anugerah tuhan iaitu Allah yang tidak diberikan kepada mana-mana tanpa izinnya.

Di antara kelebihan atau mukjizat yang tidak boleh diterima oleh akal adalah:-

Memanggil bulan dan memasuki dalam pakaian baginda dan bulan keluar daripada pakaian baginda. Kelebihan ini bukanlah bertujuan untuk menunjukan kepada orang lain sebaliknya baginda terpaksa melakukannya kerana dicabar oleh penentangnya bagi membuktikan kebenaran agama yang dibawa oleh baginda.

"wahai Muhammad sekiranya adalah utusan tuhan seperti rasul-rasul yang sebelumnya memiliki mukjizat, maka kau panggil lah bulan"

" maka dengan izin Allah..Muhammad mengakat tangan lalu bulan turun ke bumi menuju ke baginda terus mengecil dan masuk ke dalam pakaian baginda"

Keadaan ini, berlaku dengan kehendak tuhan maha pencipta, Allah boleh melakukan apa sahaja maka jadilah ia.

Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa, baginda adalah wakil tuhan bagi menyampaikan suruhan tuhan. Adalah mustahil bagi seorang manusia biasa dapat melakukan perkara sedemikian miskipun seorang ahli sihir yang hebat hanya sekadar menipu dan membohongi penglihatan kita.

Muhammad bin Abdullah juga dicabar oleh penentang juga untuk melakukan sesuatu perkara yang dianggap pelik oleh orang yang bukan beragama Islam iaitu kehidupan selepas kematian. Mereka tidak percaya ajaran yang disampaikan oleh baginda bahawa adanya kehidupan selepas kematian. Adalah tidak benar baginya benda yang hidup dan kemudian mati akan dihidupkan semula bagi dihitung segala amalan yang dilakukan semasa hidup. Maka dipanggilnya Muhammad bin Abdullah agar membuktikan kebenaran ajaran tersebut.

Maka dengan izin Allah baginda telah menghidupkan semula bangkai burung dan burung tersebut menikmati kehidupan semula.

Percayalah wahai manusia agama adalah sesuatu yang perlu diamalkan dan dianuti oleh manusia. Bahawasanya tuhan menjadikan manusia untuk berfikir dan memilih jalan kehidupan yang sebenar. Bahawasanya manusia akan dibangkitkan semula selepas kematian dan akan dihitung segala perkara yang dilakukan semasa hidup. Hakikat hidup selepas kematian adalah benar seperti mana berlaku ke atas bangkai burung yang tidak bernyawa. Ini dibuktikan dengan mukjizat oleh Muhammad bin Abdullah.

Antara mukjizat yang teragung yang diterima oleh Muhammad bin Abdullah kekal dan dapat dilihat atau ditemui sehingga kini adalah kitab Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia sehingga hari kiamat.

Al-Quran adalah wahyu dari tuhan disampaikan kepada manusia melalui Muhammad bin Abdullah. Kitab Al-Quran berbahasa Arab sesuai dengan kelahiran Nabi Muhammad  bin Abdullah memiliki ciri bahasa yang hebat, terindah dan mencakupi segala kehidupan.

Al-Quran adalah kalam Allah tidak mampu dihasilkan oleh manusia, maka tahap ini kita menolak kajian atau tuduhan yang menyatakan bahawa Al-Quran dihasilkan oleh Muhammad bin Abdullah kerana baginda dilahir dalam keadaan yang tidak pandai membaca atau menulis. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bahawa manusia lebih mempercayai perkara yang logik dan penurunan Al-Quran kepada Muhammad bin Abdullah bagi menolak dakwaan dihasilkan oleh baginda sedangkan nilai bahasa dalam kitab tersebut terlampau tinggi dan tidak setanding dengan hasil penyajak dan penyair yang terkenal pada Zaman tersebut.

"Maka ciptalah satu ayat pun tidak akan dapat menyamai mutu ayat Al-Quran. Dan kandungan Al-Quran pula menceritakan kisah yang sudah berlaku ribuan tahun yang terbelakang sebelum kelahiran Muhammad bin Abdullah. Dan amat menakjubkan juga kandungan Al-Quran juga menceritakan kisah selepas ataupun gambaran yang berlaku pada hari ini.

Kandungan Al-Quran inilah yang membuktikan kebenaran agama Islam terdapat pelbagai ilmu pengetahun yang sukar difikirkan dengal akal sekiranya kita membandingkan tahap ilmu ribuan tahun yang lalu

No comments:

Post a Comment