Wednesday, 17 February 2016

Bab Ketiga

Islam Agama Yang Benar

Imej Islam tercemar dengan tercetus tuduhan tidak berasas penglibatan Islam dalam aktiviti keganasan. Islam dinilai sebagai ancaman kepada keamanan, pandangan serong terhadap Islam lebih menekan apabila dikaitkan dengan tragedi pengeboman wall street center. Persoalan kebenaran tragedi tersebut melibatkan agama masih belum terjawab. Sebaliknya persepsi negatif lebih memberatkan penglibatan Islam yang mana suspek terlibat membawa kapal terbang beragama Islam.

Pembawa agama yang mencemarkan imej menyebabkan Islam dikaitkan secara tidak langsung dengan pengamal keganasan. Senario pengeboman berani mati, jihad, pelampau agama dan macam-macam lagi menyebabkan islam dilabelkan sebagai agama yang mengajurkan keganasan.

Pandangan salah ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang Islam. Kepada anda yang ingin melabelkan Islam sebagai agama yang mengacam keamanan terlebih dahulu mengkaji dan mengenali apakah itu Islam?

Ingat teori musuh dalam selimut sering mencari peluang untuk tujuan dan kepentingan tertentu. Maka penolakan isu pengeboman Wall Street Center Amerika Syarikat yang menghakimi tragedi tersebut dengan gaya sendiri dan meletakan Osama bin laden sebagai individu yang bertanggung jawab mencetuskan keganasan. Tindakan susulan yang dibuat adalah dengan memutuskan serangan perlu dilakukan ke atas Afghanistan kerana bersekutu dengan musuhnya Osama bin laden.

Tindakan menghancurkan keganasan diteruskan lagi dengan menjatuhkan pemerintahan Sabdam Hussein kerana didakwa bertindak kejam terhadap rakyatnya.

Namun sedarlah penolakan positif berlaku secara tidak langsung ke atas Islam. Kerana selepas tragedi pengeboman Wall street center Islam menjadi perhatian, ramai yang cuba mendekati Islam persoalan kenapakah Islam, Dan kebenaran tentang agama Islam yang mana penemuan positif dan menarik sehingga akhirnya menolak dengan keras bahawa Islam sebagai agama yang mengacam keamanan.

Fahaman berbeza Dalam Agama Islam

Kekangan Gender Menolak Islam Agama Yang Benar

No comments:

Post a Comment